Wednesday 24 August 2011

COOL! Google plus


Korang semua mesti kenal Facebook, Myspace dan Friendster kan.  Semua ni laman sosial yang biasa kita gunakan, lebih-lebih lagi Facebook.  Sekarang ni bukan nak cerita pasal social network yang korang dearly adore Facebook, sebab now is the time for Google Plus!

Google+ dilancarkan pada June 28, 2011 dan sampai post ni ditulis Google+ masih lagi limited trial, belum lagi di buka kepada umum.  Nak tau pasal Google+ boleh la baca kt sini http://goo.gl/3G2Z1.


Google+ Screenshot (Home)

Google+ Screenshot (Games)

Google+ Screenshot (Circle)

Sesiapa nak akaun Google+ ni boleh buat kat sini https://plus.google.com/_/notifications/ngemlink?path=%2F%3Fgpinv%3DDjDwV0J4JkI%3ASHvLRa_GWjQ.  Limited to 150 invitation je. Add Sahzali Tokiman ye :-)

Have fun

Wednesday 17 August 2011

COOL! Kelajuan internet

Hello!  Oleh kerana hari internet saya sangat la slow saya tertanya-tanya, agak-agaknya kelajuan internet kat Malaysia sekarang ni berada di tangga ke berapa dalam ranking dunia ye?  Google punya google sampailah saya kat satu website, namanya netindex.com.  Terdapat fakta menarik kat sini.  Nampaknya negara kita masih lagi belum berada dalam top 10, top 30 pun belum, top 50 pun belum lagi hehe.  Negara kita berada dalam ranking ke 93 dunia di mana download speed mencapai setinggi 3.20 Mbps sahaja.  Ok la tu kan, ranking dunia kot. Cool la tu.

Jadi harap-harap Malaysia dapat mempertingkatkan lagi kelajuan internet kerana internet sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita.  Satu lagi yang cool! pada sesiapa nak buat speed test internet boleh buat kat sini http://www.speedtest.net/.  Saya pakai Celcom 3G Broadband, download speed 1.56 Mbps selepas di speed test.  Cuba sekarang.

Senarai top 10


Malaysia ranking 93 dunia


Monday 15 August 2011

TAK COOL! Kenyataan yang tidak boleh diterima

Ada yang claim birokrasi zakat di Malaysia ni rigid sangat sampai jadi salah satu punca penganut Islam pergi ke gereja meminta bantuan. Saya tak faham apa yang diorang ni fikirkan dan 100% saya bangkang.


Birokrasi dalam proses pemberian zakat mestilah ada untuk memasktikan golongan yang betul-betul layak menerima sahaja yang dapat sumbangan zakat.  Pengedaran zakat ni merupakan tanggungjawab daripada orang ramai yang mengeluarkan zakat, jadi saya rasa memang perlu la di buat dengan sistematik.  Ni tanggungjawab antara manusia sesama manusia, yang dengan Allah s.w.t pula macam mana? Saya tak nak mengulas lanjut sebab saya fikir anda yang beragama Islam wajib tahu jawapannya.


Lagi satu, teruk sangat ke birokrasi zakat tu sampai akidah umat Islam boleh tergadai? Besar sangat ke dugaan dan cabaran birokrasi zakat ni?  Kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang rakyat Palestin alami sekarang, lebih berat dugaan yang terpaksa mereka tempuhi hari-hari, tapi mereka masih lagi pertahankan akidah dan sanggup mati demi Islam.  Pada saya isu ni bukan berpunca daripada hal-hal birokrasi, politik atau sebagainya.  Punca utama ialah akidah yang terlalu lemah atau langsung tiada akidah.  


Memang geram juga hati bila dengar benda-benda macam ni, sampai terasa nak tulis kat blog ni.  Saya akui setiap orang ada pendapat masing-masing tapi saya nasihatkan supaya berfikirlah sebagai seorang muslim dan maafkan saya sebab saya tidak menyokong dakwaan ni. 

TAK COOL! "Bukan target kami" GaySec mohon maaf



GaySec memohon maaf atas kesilapan mereka yang mendakwa Arlene Tan sebagai Mak Cik Hajjah Sitt Alwuzara. GaySec telah mengakui bahawa mereka telah tersalah target dan telahpun memohon maaf kepada umum dan Arlene Tan di dalam laman sosial Facebook GaySec.

Salah orang rupenye. Identiti Mak Cik Hajjah Sitt Alwuzara still remain a mystery. Apa pun banyak pengajaran yang kita dapat daripada pendedahan ni. Macam mana pun, saya respect GaySec kerana telah mengaku kesilapan dan memohon maaf.

So agaknya masih ada lagi atau tak pendedahan oleh GaySec atau pihak lain berkaitan dengan isu Mak Cik Hajjah Sitt Alwuzara lepas ni? atau mungkin pihak Polis yang akan menyelesaikan perkara ni, tuhan saja tahu. Ketahuilah bahawasanya musuh Allah akan kalah juga akhirnya.

COOL! Mendapatkan Facebook Chat yang lama

Ok tutorial pertama saya. Simple trick yang mungkin ramai yang dah tahu tapi whatever la saje nak try post. Maklum la orang baru ada blog la katakan :-)


Ok kita mulakan dengan pengguna Mozilla Firefox dulu sebab saya pengguna setia Firefox.


Keperluan:
1. Mozilla Firefox
2. Firefox Add-on Greasemonkey
3. Java script dari Userscript


Langkah-langkah:
Langkah pertama, install Greasemonkey add-on pada pelayar Firefox anda dan kemudian restart Firefox. Link https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/greasemonkey/


Lepas restart anda akan nampak icon kepala monyet kat Firefox anda, tu maknanya dah boleh guna la Greasemonkey tu.  


Langkah kedua, pergi ke http://userscripts.org/ untuk dapatkan script Facebook Sidebar Chat Reversion. Memang banyak script untuk Facebook chat dalam userscripts.org, boleh la kalau nak explore tapi yang ni pilihan saya. Link:http://userscripts.org/scripts/show/107159. Klik install, login Facebook anda dan tengok perubahannya.


Untuk pengguna Google Chrome pula tak perlu susah-susah nak install apa-apa add-on. Terus ikut je langkah kedua kat atas ni.


Selamat mencuba!