Monday 15 August 2011

TAK COOL! Kenyataan yang tidak boleh diterima

Ada yang claim birokrasi zakat di Malaysia ni rigid sangat sampai jadi salah satu punca penganut Islam pergi ke gereja meminta bantuan. Saya tak faham apa yang diorang ni fikirkan dan 100% saya bangkang.


Birokrasi dalam proses pemberian zakat mestilah ada untuk memasktikan golongan yang betul-betul layak menerima sahaja yang dapat sumbangan zakat.  Pengedaran zakat ni merupakan tanggungjawab daripada orang ramai yang mengeluarkan zakat, jadi saya rasa memang perlu la di buat dengan sistematik.  Ni tanggungjawab antara manusia sesama manusia, yang dengan Allah s.w.t pula macam mana? Saya tak nak mengulas lanjut sebab saya fikir anda yang beragama Islam wajib tahu jawapannya.


Lagi satu, teruk sangat ke birokrasi zakat tu sampai akidah umat Islam boleh tergadai? Besar sangat ke dugaan dan cabaran birokrasi zakat ni?  Kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang rakyat Palestin alami sekarang, lebih berat dugaan yang terpaksa mereka tempuhi hari-hari, tapi mereka masih lagi pertahankan akidah dan sanggup mati demi Islam.  Pada saya isu ni bukan berpunca daripada hal-hal birokrasi, politik atau sebagainya.  Punca utama ialah akidah yang terlalu lemah atau langsung tiada akidah.  


Memang geram juga hati bila dengar benda-benda macam ni, sampai terasa nak tulis kat blog ni.  Saya akui setiap orang ada pendapat masing-masing tapi saya nasihatkan supaya berfikirlah sebagai seorang muslim dan maafkan saya sebab saya tidak menyokong dakwaan ni. 

No comments:

Post a Comment